175 Visibilité

AbuAnis

Membre
  • AbuAnis
    AbuAnis
    Surat Ar-Rahmaan [55] + Imam Muda Muzammil Hasballah + [CC] Indonesian Subtitle + English Subtitle
    • 3 juillet 2016 21:35 Par AbuAnis
    • aucun commentaire
  • AbuAnis
    AbuAnis
    Powerful Speech ┇ Importance of Salah ᴴᴰ ┇ by Sh Omar Elbana

    How insolent we are, when we pray without focusing on the Almighty, we think of our wives, jobs, children, other matters...oh how insolent we are..
    • 27 septembre 2015 01:57 Par AbuAnis
    • 2 commentaires
  • AbuAnis
    Berjihad Tapi Mengabaikan Solat … Apa Cerita?
    BY KHAIRY TAJUDIN · MAY 19, 2012


    Syaikhul Hadis Maulana Zakariya menyatakan:

    Banyak hadis menekankan bahawa hukum syariat mempunyai tingkatan yang khusus (dengan kepentingan dan kelebihannya). Tidak seorang pun dibenarkan untuk meninggikan dan menurunkannya hanya kerana kita terlibat dengannya. Ataupun, pada pandangan kita, hanya usaha dan kegiatan kita sahaja yang lebih baik dengan mengenepikan usaha orang lain. Ini sikap yang tidak adil.

    Saya bukanlah cuba untuk memberitahu kamu bahawa seseorang itu tidak boleh mengajak , meyakinkan dan menggalakkan orang lain supaya orang lain terlibat dengan aktivitinya sahaja. Maksudku sebenarnya ialah jangan menjadi fanatik dalam menekankan bahawa usaha kamu sahaja yang penting sehingga melampaui batas. Akibatnya, JIKA DIBANDINGKAN DENGAN BIDANG USAHA KAMU, KAMU MEMBERI GAMBARAN BAHAWA TIDAK ADA FARDHU, TIADA WAJIB DAN TIADA KEUZURAN. Janganlah begini sehingga kamu mula melihat orang lain yang tidak terlibat dalam usaha (politik) kamu sebagai penghuni neraka, tidak beriman, kafir. Inilah yang dapat kubaca menerusi artikel surat khabar dan daripada apa yang aku dengar daripada ceramahnya (ahli politik). Paling hairan dan menakjubkan, tuduhan-tuduhan begini datang daripada lidah-lidah orang yang berkeperibadian tinggi, bertanggungjawab serta dihormati.

    Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa menyebabkan tuduhan-tuduhan (seperti di atas) ke atas sesiapa adalah berdosa di atas amalan tersebut. Maka, pada hari kiamat, Allah akan leburkannya di dalam api Neraka Jahanam sehinggalah suatu masa dia dapat membuktikan kebenarannya.” (Durre Manthur)

    Dalam keadaan seperti di atas, jika seseorang tidak dapat membuktikan fitnah yang dilemparkannya kepada seseorang, maka selagi itu dia akan terus berada di dalam neraka. Dia hanya mampu terlepas daripada seksaan ini melalui dua cara:

    1- Dengan merayu kepada orang yang difitnahnya supaya memaafkannya. Dalam keadaan ini, sudah tentu si orang yang dituduh itu mahu melepaskan dirinya. Si orang yang dituduh itu sangat memerlukan pahala daripada orang yang menuduhnya. Jika orang yang menuduh itu pun tidak ada amalan (pahala), maka dosa orang yang dituduh itu terpaksa ditanggung oleh orang yang menuduh. [Alangkah malangnya orang yang menuduh itu. Meskipun di atas dunia, kata-katanya begitu hebat dan gah, semua orang ikut cakap dia, tapi di akhirat, dia terpaksa menanggung dosa orang yang dia fitnah. Besarnya kesan fitnah! Berhati-hatilah.]

    2- Dengan rahmat Allah yang sangat luas, seseorang itu boleh terlepas daripada seksaan. [itupun jika ada amalannya semasa hidup yang ikhlas dan menyukakan Allah.]

    JIHAD TIDAK MENAFIKAN KEFARDHUAN DAN KEWAJIBAN AGAMA!

    Saya tertarik dengan pernyataan ini: “JIKA DIBANDINGKAN DENGAN BIDANG USAHA KAMU, KAMU MEMBERI GAMBARAN BAHAWA TIDAK ADA FARDHU, TIADA WAJIB DAN TIADA KEUZURAN.”

    Seringkali terjadi, sekelompok para pejuang, mujahid atau pendakwah menganggap usaha dan perjuangan mereka itu sahaja yang WAJIB sehingga menafikan amalan-amalan fardhu dan wajib yang utama dalam agama. Ini sangat bahaya. Jika syaitan tidak berjaya menipu manusia dengan dunia, ia akan menipu manusia dengan ‘amal baik’. Rasa cukup dengan sesuatu perjuangan, langsung mengabaikan perintah yang lebih utama. Bukan mengata sesiapa, tetapi peringatan untuk diri sendiri. Saya juga perlu berhati-hati dalam perkara ini.

    Saya pernah terdengar satu kisah mengenai ekspedisi menghantar bantuan ke sebuah negara yang tertindas oleh Yahudi. Kisah ini disampaikan sendiri oleh ketua ekspedisi itu. Beliau menceritakan bahawa, pihak mereka terpaksa bergelut dengan pihak keselamatan di sempadan negara sehinggalah lewat malam. Mereka terpaksa berjuang melepasi sempadan negara itu dengan penuh ‘semangat perjuangan harmoni’. Tatkala mereka telah berjaya melepasi sempadan itu pada waktu tengah malam, mereka semua bergembira dan tidur dengan nyenyaknya di sebuah kem yang dikhaskan. Pada keesokan hari, daripada ratusan peserta misi itu, tidak sampai 20 orang yang bersolat Subuh, yang lain keletihan ‘berjuang’ semalam. Semoga Allah ampunkan mereka.

    Saya teringat kisah seorang Sahabat yang bernama Sulaiman r.a. yang sangat rajin bersolat malam. Pada suatu hari, Sayidina Umar r.a. tidak menjumpainya di masjid untuk bersolat Subuh berjemaah. Maka, Sayidina Umar r.a. terus ke rumahnya dan bertanya ibunya, “Aku tidak nampak Sulaiman bersolat Subuh di masjid pagi tadi. Apa halnya?”

    “Dia bersolat sunat sepanjang malam sehingga tertewas oleh mengantuk,” jawab ibunya.

    Balas Sayidina Umar r.a., “Aku lebih suka solat Subuh berjemaah daripada beribadat seluruh malam.”

    SOLAT LEBIH UTAMA DARIPADA JIHAD!

    Jika kita mengamat-amati sirah, kita akan temui sebab utama mengapa Para Sahabat bersetuju untuk memilih Sayidina Abu Bakar r.a. menjadi khalifah Rasulullah SAW. Alasan yang diberikan oleh Para Sahabat ialah:

    1. Sayidina Abu Bakar r.a. telah diamanahkan oleh Rasulullah SAW menjadi imam solat ketika Rasulullah SAW sedang sakit. Ini menunjukkan bahawa betapa besar jawatan imam solat itu di sisi Rasulullah SAW dan kemudiannya diakui oleh Para Sahabat.

    2. Kisah Sayidina Abu Bakar r.a. menemani Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah disebutkan namanya di dalam al-Quran. Banyak Sahabat menyebut-nyebut kelebihan beliau berkaitan ayat tersebut. Sayidina Abu Bakar r.a. sanggup menjadi teman Rasulullah SAW yang ketika itu menjadi buruan puak musyrikin. Nyawa mereka berada antara hidup dan mati.

    Apakah kaitan antara jihad dan solat?

    Sebagaimana lain-lain cabang dalam agama, jihad juga sebahagian daripada agama. Meskipun begitu, seseorang yang mengaku berjihad tetapi tidak menitikberatkan solat, adalah seorang pembohong! Sebagai contoh, seseorang itu hanya sibuk ‘berjihad’ tetapi mengabaikan solat di awal waktu secara berjemaah di masjid. Ataupun lebih teruk lagi, dia mengaku ‘berjihad’ tetapi tidak menunaikan solat. Seolah-olah dia menganggap, jika dia mati ketika ‘berjihad’ itu, maka dikira mati syahid dan dosa-dosanya akan diampunkan. Orang seperti itu tidak faham maksud dan tujuan jihad sepertimana yang dikehendaki oleh agama.

    Seorang ulama (Allamah Syam) mengatakan bahawa melakukan solat fardhu tepat pada masanya dengan menjaga tatatertibnya dianggap lebih afdhal daripada jihad. Alasannya ialah tujuan jihad adalah untuk menegakkan iman dan solat sedangkan solat itu sendiri adalah matlamatnya yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Maka, jika seseorang berkata, “Solat dan puasa kamu tidak berguna kerana tidak berjihad” adalah salah! (Maulana Zakariya, Memperkenalkan Siasah Islam)

    Selalu kita dengar orang berkata, “Islam ini bukan hanya solat sahaja” atau “Islam ini bukan di masjid sahaja”. Apakah maksud tersirat daripada kata-kata ini sebenarnya?

    Ya! Memang benar Islam bukan sekadar solat dan bukan sekadar di masjid! Namun begitu, ia bukan bermaksud solat di masjid itu tidak penting. Jika solat berjemaah anjuran Rasulullah SAW pun kita tidak mampu tegakkan, bagaimana kita hendak tegakkan negara Islam? Amat menyedihkan, ramai orang Islam boleh berkumpul untuk bersolat hajat memohon sesuatu tetapi tidak bersungguh-sungguh untuk bersolat jemaah setiap kali solat fardhu. Padahal, solat fardhu secara berjemaah itu lebih dituntut berbanding solat hajat.

    Apa salahnya, dalam mesyuarat, usrah, halaqah, nadwah atau sebagainya, penganjur menetapkan semua peserta supaya bersolat jemaah di awal waktu?
    • 26 septembre 2015 10:33 Par AbuAnis
    • aucun commentaire
  • AbuAnis
    Come join me on masjidway. Signup at www.masjidway.com.
    • 25 septembre 2015 22:07 Par AbuAnis
    • aucun commentaire
  • AbuAnis
    Come join me on masjidway. Signup at www.masjidway.com.
    • 25 septembre 2015 11:59 Par AbuAnis
    • aucun commentaire
  • AbuAnis
    Assalamualaikum ya ikhwah wal akhawat....
    • 25 septembre 2015 01:13 Par AbuAnis
    • 1 commentaire